Feng Shui cara Islam?

Erk.. Boleh ke kaitkan feng shui, lepas tu nak sesuaikan dengan Islam pulak.? Banyak sumber yang saya baca (local dan luar) hampir semua kata haram, jatuh syirik dan berdosa besar. Rileks.. Kita tak agungkan feng shui sampai apa yang dilarang dalam agama kita main langgar je ye.

Malah, apa yang feng shui gariskan dalam rules dan panduan dia (berdasarkan pembacaan dan kajian saya), lebih separuh tu adalah lebih kepada common sense serta logik, dan semestinya dah berzaman dah Islam yang suruh. Tak percaya? Mai lah baca…

Apa itu Feng Shui

Secara ringkas, feng shui ni adalah satu bentuk susun atur berdasarkan prinsip yin dan yang serta berpandukan peta yang dibahagikan kepada 9 bahagian (dikenali sebagai bagua map). Kaedah susun atur ni digunakan untuk memastikan aura positif masuk ke rumah untuk keharmonian keluarga dan rezeki masuk (dengan kata lain, manyak ong maaa….)

page

Bunyi cm kelakar/pelik/mistik tapi saya personally memang percaya aura2 ni, dan perlunya aura2 ni dijaga supaya sentiasa positif.
Contoh gini lah, biasanya yang ramai kwn dan (kebiasaannya rezeki mereka sangat banyak) orangnya mesti yang menyenangkan, rasa seronok berkawan, dll.

Rasa-rasa org yg asyik mencebik, muka berkerut stress, judgemental kat org lain ni, takat mana dia boleh maju ke hadapan? So basically, cara ni lebih untuk menambah dan mengekalkan aura supaya positif untuk keharmonian keluarga.

Kalau 1 keluarga positif, peluang dan rezeki pasti lagi mudah nak melekat. 😉

Bagaimana buat Feng Shui ikut Islam nih?

Jadi bagaimana nak sesuaikan Feng Shui  ikut cara Islam nih?
Gabungkan ciri-ciri yang Feng Shui tunjukkan, dan ‘Islamkan’ cara tersebut. 

Letakkan peta bagua dengan petak ‘career’ di pintu masuk, dan susun atur dan letak elemen(kayu, air, tanah, dll), objek khas (lilin, cermin, pokok, dll) yang berpadanan ikut tiap2 petak dan perarturan yang digariskan, gunakan salah satu rujukan saya di sini.

Cam saya buat, pintu masuk utama ke dalam rumah perlulah kemas dan bersih. Apa lagi, saya tambah dengan menghiasi pintu rumah dengan tulisan kufi kalimah Allah, Muhammad, dan juga perkataan assalamualaikum.

Saya tmpal lukisan anak (contengan benarnya) di square yang represent creativity, dan juga menghias bahagian love dengan gambar keluarga.

Pokok2 juga diletakkan di kawasan yang represent knowledge dan success.

images
Letakkan unsur kayu+ air di petak ‘Health’. contohnya saya dengan gunakan marimo

Belum kira lagi, pantang dlm feng shui rumah ada sepah, habuk, dan sawang2 yg melekat sebab pada mereka tu akan menyebabkan tenaga nanti tersangkut kat celah2 habuk tu.

Mudah aja kan?

Kombinasi susun atur yang ditunjukkan feng shui hanyalah sebagai boost untuk mengekalkan keharmonian untuk setiap ahli dalam rumah, dari situ aura akan dibetulkan dan rezeki (dalam pelbagai bentuk) akan mudah dan seronok nak masuk.

Bukannya kalau duit berkepuk2 kata sebab feng shui ya.

Langkah ni sekadar boost. Ingat tau. Yang memberi rezeki adalah atas keizinan Allah. Noktah.

Maka logiknya bila rumah bersih dan tersusun, kita akan rasa ‘hidup’ dan harmoni dalam rumah, di mana ia indirectly akan membersih aura dan jiwa kita, tidak serabut, dan sebagai satu boost untuk dekat dengan Allah. Dan secara tak langsung, rejeki dalam pelbagai bentuk akan masuk. 🙂

Seperti dalam ayat Al-Quran: “I am as My servant expects Me to be”.

Sumber rujukan di sini dan sini, serta pandangan doktor, seorang Islam, di sini.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge