DHA Untuk Kurus?

Selain protein shake dan susu yang paling digemari orang dalam mem-fit-kan badan, minyak ikan juga adalah salah satu makanan tambahan yang sangat membantu untuk kita kurus (buang lemak tu maksudnya) di samping untuk membina badan supaya solid molid gitu.

Tak seperti supplemen bina badan/kesihatan yang lain, minyak ikan tidak berfungsi sebagai stimulant (yang boleh buat kita gigil/nervous kadang2 kalau tak ambil ikut dos), sebaliknya ia membantu secara keseluruhan –

Kurangkan berat badan, kuatkan fungsi jantung, bantu perkembangan otak, dan juga menguatkan sendi dan tulang – multitasking sungguh!

Apa Itu Minyak Ikan?

Minyak ikan diambil dari tisu-tisu ikan, di mana minyak tersebut mengandungi Omega-3 asid lemak (yang dalam dia ada komponen aktif EPA dan DHA). EPA dan DHA ni sangat lah penting untuk tubuh sebab mudahnya – tubuh kita tidak menghasilkannya sendiri maka sumber luar iaitu kenalah melantak ikan2 ni untuk cukupkan keperluan minyak omega-3 nih.

Lecithin, vitamin D, CoQ10, hyaluronic acid, collagen, malah kolesterol tubuh kita boleh hasilkan, cuma umur yang membezakan kadar  dan jumlah penghasilan dia

Ada yang diantara kita tak suka ikan (hey, rihanna pun tak mkn ikan tau) atau (seperti saya sendiri) tak mampu nak melantak ikan banyak2 sampai cukup minyak ikan, maka tambahan minyak ikan dalam bentuk yang pekat seperti supplemen lagi mudah – banyak  pulak masa nak mengunyah ikan sokmo ye..hihi

Sebahagian Kebaikan Minyak Ikan Yang Kita Tak Tau

Banyak sebenarnya manfaat daripada minyak ikan ni. Senang cerita, tengok sahaja orang jepun dan korea; santek kan kulit diorang? Pinkish2 gitu. Yang yahudi tu, sejak mengandung lagi mak2 depa ambil minyak ikan; bijak kan generasi yahudi skrg ni kan? Intel, fb, google, dan starbucks diorg pgg.

Nerve-Cell-4

DHA amatlah penting untuk sel-sel otak berhubung

Antara manfaat lain:

+ Meningkatkan keupayaan otak (cam boost cerdik untuk anak, elak penyakit pelupa) sebab otak kita 80% terdiri dari DHA ye, khususnya menambahkan bilangan sel-sel otak agar dapat menyimpan maklumat dan tidak mudah lupa

+ Mengurangkan respon tubuh terhadap tekanan/kurangkan kemurungan

+ Memulih dan cantikkan kulit – mana-mana yang kulit kering, kedut/mengelupas memang kena up pengambilan minyak ikan nih.

korean woman

tak nak cantik dan santek cam awek ni ke…diorang kuat mkn minyak ikan tau

+ Halang tubuh dari inflamasi dan terus merawat punca penyakit yang sebabkan inflamasi tuh (babab kan!)

+ Cilok-cilok lemak dan trigilserida yang bersarang dalam salur-salur darah (bagus untuk yang darah tinggi/sakit jantung)

+ Bantu lawan dengan kurangkan insulin tubuh kita dari bertindakbalas dengan makanan (lagi2 kalau makan nasi putih/air manis, mencanak2 glukos korang; berguna kalau nak rawat/elak dari diabetes)

 

+ Dan of coz lah..untuk kurus.

FishOil

Jadi Camna Minyak Ikan Untuk Kurus Nih?

#1 Membuang Lemak DAN Membina Otot Sekaligus

Ni kira double boost dah ni (tak pyh fikir pnjg kan?) kerana omega-3 akan membantu untuk buangkan lemak dari badan, disamping membina muscle pada masa yang sama. Kuncinya ialah dengan mengambil minyak ikan yang cukup untuk tubuh.

Ada kajian menunjukkan orang yang mengambil 2 gm omega-3 nih mengurangkan sebanyak 1 kg dlm sebulan dan tambah 500 gm otot, tanpa senaman. Kalau kita tambah dengan pantang makan dan senaman serta hidup aktif, agak-agak berapa kilo boleh turun?

Malah, mengambil supplemen minyak ikan ini terbukti untuk membantu diet dan rutin senaman dengan lebih berkesan.

#2 Menghalang Tubuh Dari Menyimpan Lemak Dalam Tisu-Tisu

Manfaat ini berkait degan tahap insulin dalam tubuh masing-masing, kerana insulin yang sensitif/sentiasa alert akan standby untuk elak makanan yang diambil diproses menjadi glukos, dan seterusnya lemak.

#3 Mengurangkan Selera Makan

Sapa-sapa yang kuat makan bolehlah ambil minyak omega untuk kawal nafsu mentedarah tu.

Dengan mengambil minyak ikan bersama-sama makanan (semasa/selepas) akan mengawal dan seterusnya mengurangkan selera makan – ia berkait dengan minyak itu sendiri, meningkatkan nilai Glisemik Index dalam makanan tersebut. Dan juga, asid lemak ini juga monitor hormon serotonin (hormon yang bertanggungjawab untuk jaga selera dan mood korang).

glycemic-index

makanan yang nilai GI tinggi, memberi kesan glukos dalam darah yang lebih steady je

Oke, sebelum meluru ke farmasi untuk mencarik supplemen minyak ikan yang berkenan di hati, kita kena ambil pot gak apa kriteria yang penting dalam pemilihan minyak ikan. bukan setakat scotts emulsion ka, shaklee ka ye.

Psst: Ada promosi bulan ni untuk minyak ikan, harga murah, anda pun jimat. 😀 KLIK SINI ya.

P/S: Kalau bermanfaat share tau. ^^v

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

3 Comments

  1. Minyak ikan memang mempunyai omega-3 yang boleh membantu baiki badan kita dan kuruskan badan. Jika nak kurus perlu selalu ambil minyak ikan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge