Kalau anda nak ke MAHA, sebaiknya sedia cam nak pergi camping

Lepas beberapa tahun tak berkesempatan ke event pertanian yang terbesar negara, finally boleh pergi. Excited sungguh!

Maka selesai solat subuh kemudian dhuha (mudah-mudahan supaya perjalanan lancar), kami packing makanan dan minuman untuk buat bekal seperti roti gandum telur, protein shake, susu Naz, dan awal pagi kami dah gerak untuk dapatkan spot parking yang terbaik, kami sampai dalam 9 pagi gitu pun kereta pun dah mula memenuhi ruang parking.

Happening! Keluarga dengan anak kecik mesti seronok nak tengok apa yang MAHA tahun ini akan offer

Sampai ke bangunan berbumbung biru kami ambik first checkpoint dulu, iaitu makan. Haha..

Di bangunan bumbung biru nih dia terbahagi kepada 4 sub cam 1 untuk pameran, 1 lagi booth2 agensi kerajaan.

IMG_20141124_100936

Ambil pamphlet peta dari kaunter, kami beli air n makanan ringan siap2 buat alas perut dan rancang betul2 kat mana kami nak p.

Sebab konfom, 1 hari tak cukup kalau nak belek setiap inci kat MAHA. Trust me.

Selepas makan2, kami keluar mengikut pintu lain dan jalan2 ke pavillion negeri2. Menariknya tempat ini kerana setiap bangunan/bahagian masing2 menjadi duta dan menunjukkan budaya di tempatnya. Ada negeri sembilan, melaka, perak, johor, dan kelantan.

Ada pula aunty situ bg belon kt naz.. Suka betul dia.. Dalam 10 minit gitu belon tu letup lah pulak.. Menung naz pelik.. “bakpo tadi beso, lo ni kecik jo belon?”

Masa ni lah nak refresh balik subjek sejarah dan kajian tempatan, sambil2 sampel makanan free (bab ni nmg kami laju p)
Heh heh..

pavillion negeri

Menaiki bas ke Laman Ternakan

Hajat awal kami ialah laman ternakan (by hook kami mesti p!) jadi dok tanya2 staf yang bertugas naik bas yang mana. Walaupun peta route bas ada terpampang, serius pening nak baca sebab agak berpusing (peta bas rapid lagi mudah nak nampak tempat yang nak dituju).
Jadi kami naik bas utama iaitu bas A, dan turun ke ladang nenas.

Tiba di ladang nenas . Staf di situ mintak sapa2 yang nak ke laman ternakan untuk turun di ladang nenas terus, memandangkan bas untuk ke laman ternakan agak lambat.

Jadi kami turun, dan menapak ke laman ternakan. Tak jauh mana, tapi sejak dari tadi kami berjalan (tmbh2 somi dok dukung naz), rasa terbako gk betis nih.

Laman ternakan di MAHA

Laman ternakan ni diletakkan bersebelahan dengan pameran mesin dan jentera. Kami dua p tengok2 kt laman ternakan lah dulu, sebab saya yang nak sangat tengok lembu hitam putih (my peberet).

Syok2 tgk boleh pulak lembu tu terkencing.. Hilang mood nak mengusap2 dia.. Ceh.

Kebetulan situ pun ada gerai2 makan yang ada. Kalau dah hari minggu, memang tempat makan tak cukup lah. Kalau dapat tempat tu memang rejeki. Ada orang offer sbb tgk cik abe dukung naz.

laman ternakan
Kanak2 berebut2 nak usik maskot lembu ni..yang sebelah kanan, lembu yang sangatla beso dari biasa.

Kami nak duduk pun, sebabnya lebih kepada penat dan haus sahaja. Jadi air masak memang kena sedia dan beli byk2. Tapi of coz lah, pekena air asam boi ais time panas ni memang pergh…. Makan nasi pun laju2 sebab nak bagi orang lain duduk pulak.

Laman jentera, mempamerkan mesin-mesin brutal dalam bidang agro.

Brutal, sbb tayar dia lagi besar dari kita.

Ahli di booth2 ramah dan ready melayan pelanggan/pengunjung. Pamphlet di offer dan apa2 sahaja pertanyaan sedia dilayan.

Suami dah org baja sawit, dia crik yg mesin2 kait dengan sawit lah. Haha.. Kita pulak baru tau yang ada alat nak mengutip buah sawit yang relai.

Pulang dari MAHA

Dah puas berjalan (lenguh kaki sebenarnya) kami ready nak balik. Dah rupanya baru sahaja pukul 2 lebih! Memang terisi penuh masa dengan aktiviti di MAHA nih.

Balik semula, kami menapak ke ladang nenas (lebih mudah sebab jalannya rata) dan seterusnya menunggu bas di tempat kami turun tadi.

As usual, kita tanya staf yang bertugas nak ambil bas mana. Saya direkemen ambk bas C sahaja, sebab tempat berhenti nanti pun agak dekat dengan bangunan bumbung biru tu (oke.. Sbb kat peta yang diberi dia tak ckp gitu pulak.. Hehe).

Follow aja dan alhamdulillah, 5 minit gitu kami dah sampai dan pulang.

IMG_20141123_100848
ehem..kat bar besi blkg ni yang kami pernah bergambar masa dating dulu. datang ke MAHA masa Paklah rasmikan. jumpa bakal bapak mentua beb!

Review kami di MAHA, mesti baca!

1) Penat tu, tak payahlah ulas. Memang akan cramp kaki pada yang tak biasa (perkhidmatan buggy ada tapi saya tak pasti guano nak ambk).

2) Bas shuttle dia bagus sebab dalam 10 minit gitu pasti ada bas/jentera yang diubah suai akan lalu untuk setiap pengunjung naik. Cuma tu lah, route dia agak pening sket, jadi kena ambk peta dan hadamkan dulu sebelum gerak ke mana-mana.

3) Staf tua muda sedia membantu, anggota keselamatan pun always on hand.

Kesimpulan

Adakah saya akan pergi lagi sekali? Definitely.
Event yang ada di MAHA sangat berguna utk satu keluarga belajar dan ambil tahu segala khazanah yang ada dalam negara (cewah.. Cm patriotik pulak).
Best.. Memang tak cukup kalau sehari. Kalau boleh, g aje camping situ kalau nak belek satu persatu yang ada di sana.

It’s a fulfilling experience. Yang pergi mesti banyak kenangan yang seronok dari MAHA.

P/S: tulisan yang di highlight dengan warna pink di atas adalah tips kami ke event2 yang super besar seperti MAHA. 😉

 

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge