Naz.. Makanlah nasi ni…

“Hari ni Naz mkn baaanyak, kita bagi apa2 pun dia ambk dan makan.. Kalau lepas ni, boleh gemuk dia makan banyak macam ni.. Pelik gak dulu takda pun dia makan nasi. Mesti dia luak balik”.

Ini sedikit sebanyak dialog dari pengasuh anak saya, kita panggil Kak Izan.

Percaya tak, selama ni saya tak pernah terfikir pun ayat serupa macam ni akan keluar dari sesapa pun. Mmg tak tercapai dek akalku.

Sebelum ni..

Sebelum ni, senang cakap lah, Naz sangat-sangat-sangat-sangat susah nak makan, nasi spesifiknya. Kalau ayam, daging, ikan, dan fast food dia tak kisah. Tapi nasi minta maaflah. Kalau dalam seminggu tu, 2,3 kali aje dia makan nasi, itu pun sesudu dua. Kalau dipaksa konfom dia luak balik.

5b448ce4109d235c3c47e77d9db028e8

Saya masak apa pun tak kena pada dia. Sebab tahu dia suka makanan yang bersup2 ni, saya biasa buat lauk yg cair sket khas utk dia.

Tu pun belum tentu habis!

Fuuh.. Memang mencabar kesabaran ummi dia. Kadang2 sampai saya give up nak msak apa2. Hanya harapkan Scott’s Emulsion, biskut rusks, dan susu badan untuk makanan harian dia.

Ehem.. Jangan pulak viralkan perkongsian ini dan kata saya ni bagi anak kebuluq ek.

Saya sebagai ibu, mestilah rasa frust sangat2 sampai ada gak menangis fikir & takut sangat kalau anak tak cukup makan waktu itu. Yelah, walaupun ketika itu Naz baru je 1 thun lebih, dah tiba masanya dia mengenali makanan lain selain susu ibu dan nestle cerelac prune..

Saya jumpa satu penyelesaian anak cerewet makan nih

Until one day, dipendekkan cerita, saya tergerak hati nak beli mealshake ni, sebab dikatakan boleh menambahkan selera anak, plus tak bagi depa cerewet makan..

Seperti yang dikongsikan oleh akak ni; yang ni lagi sadis sebab anak dia kurus kering. Naz pun, on the way boleh ajdi camni kalau dia berterusan tak makan apa pun.

Hehe.. Bunyi cam too good to be true dan saya skeptikal lah jugak. Tambah lagi tengok harga mangaih.. Mahal. Harga retail RM113 for a jar.

Otomatik saya akan terfikir 1 jar ni boleh tahan berapa lama. Baca punya baca, kalau utk anak seorang dengan dos standard (1 sudu besar sehari) boleh tahan dalam 2,3 bulan.

Okay, point taken. Kira murah dah tu kalau boleh pki smpi 3 bulan. Hehe.. And ni bukannya untuk dibuat susu formula..

IMAG0548
Dulu naz sangat lah chubby..kita dok bg cerelac prune smpi nurse pulak suh dia diet sket..huhu

Selain itu, saya tengok juga testimoni pengguna yang dah gunakan mealshake ni untuk anak mereka. Rata-rata semua puas hati; anak tak memilih makanan, anak asyik mintak nak makan, malah ada sampai anak tambah berat badan dia.

Jadi curious, teruja pulak nak cuba bagi kat Naz.. Mana tau lepas ni, masak apa pun Naz telan sume. Heh heh.. 

Sudahnya saya beli jugak lah sejar mealshake ni. Beli pun kena senyap2 dari somi sbb konfom dia tak bagi.

And guess what, memang dia tak bagi pun. Kena gak lah tahan telinga dengan bebelan dia, sebab mahai sangat dan tak caya boleh ke idok bagi Naz makan nasi nih.

Em.. Diam je lah kita tahan telinga tu, dan mengharapkan ia boleh jadi ikhtiar untuk mucuk sorg nih..

Tiap2 hari saya bagi Naz ambil mealshake 2,3 kali sehari, diambil bersama susu botol dia. Takat hujung sudu kecil ja.. Sekadar bagi ada flavor vanilla gitu. Sedap gak susu tu kot, sat ja Naz boleh habiskan 1 botol full. (amboii..)

Awal2 hari Naz minum, ada gak sekali dua dia cherry berry, di mana ia dikatakan sebagai healing crisis.
(teringat pulak saya mengalami healing crisis lepas mngambil herblax, if you know what I mean) 😛

Sat ja fasa krisis nih, lepas tu macam biasa dah anak ummi sorg ni.

Apa mealshake ni dah buat kat Naz?

Gitulah hari2 saya bagi sampailah hampir separuh jar tu saya perasan, Naz mula ambil nasi. Walaupun sekadar sesudu dua, ia satu pencapaian yang besar gak sebab dulu memang dia tokse nasi.

Lama2 tu, dari sesudu dua, naik ke 7,8 sudu.. Lama2 tu juga, sampai ke separuh mangkuk nasi dia boleh habiskan.

Kalau dulu saya biasa buatkan nasi bersup untuk Naz, kini lauk macam-macam dia minta disuapkan.
Ayam masak merah, kari telur, even sambal ikan keli (yang tak pedas lo..) pun dia nak.

Waaa… Seronok betul tengok. Belum kira lagi Naz makin hari makin aktif (yelah, dah ada tenaga baru), pandai nak bergurau, cepat tangkap belajar,tak seperti dulu, dan asyik nak bercerita je (ikut abah dia lah ni). Hehehe..

Syukur yang amat, sebab usaha saya finally membuahkan hasil. Dan sekarang saya pulak yang lelah nak layan kerenah hero kecik nih.

Nak masak apa lepas ni pun seronok dah.. Sebab tahu Naz mesti makan. Ok dah tu, nasi lauk sume dah lampu hijau.. Tggl sayur je bagi dia biasa makan. Heh heh..

Finally, after 1 1/2 bulan baru habis sejar mealshake ni. Sebenarnya boleh je lama lagi.. Tapi dah ummi abahnya asyik cilok buat add dalam kopi lah, strawberry shake lah, ice cream vanilla lah.. Mana tak habisnya. Hihi..

page

(psst.. Tmbh 1 sudu beso mealshake ke 2 sudu susu + gula sket2 + 1 cup yogurt strawberry + 2 gelas air dan blend, jadi sebijik strawberry shake mekdi. Yogurt brand apa pun boleh.. Kita pki brand tesco yg 99sen ja)

Bonus yang kita dapat

Yang tambah buat lega sket, lepas habis mealshake nih pun, selera Naz still seperti biasa;makan ikut tme (walaupun dia nak main/tgk movie cars dia), aktif main, and suka nak belajar. Just like a kid should).

Serius, bagi kita sbg ibu, bila anak makan cukup, literally oleh buat hati berbunga-bunga. Hati senang je tengok nasi khas untuk anak habis. Tak bazir nasi satu hal, kenyang budak tu nak main ke apa, kita pun tak susah hati ye dok.

P/S: apa jadi dengan somi dok bebel saya balik? Saya tanyalah, ‘betul kan Naz mkn byk lepas ambk mealshake ni kan’..dia jawab ‘ye’. pendek..

hehehee… XD

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge