Adakah anda sering rasa letih?

“malasnya nak bangun….. tak nak pergi kerja hari ni boleh tak…..” Berapa kali agaknya kita ungkapkan ayat ini dan berapa kali kita terfikir apakah yang berlaku sehingga kita rasa malas sangat-sangat-sangat nak teruskan kerja dan rutin harian kita. Kalau saya katakan tubuh anda berada dalam keadaan kronik dan berpotensi untuk bahaya, anda percaya tak?

Sebagai seorang ibu/wanita, pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

  • Terlalu penat dan letih sampai rasa tak larat sangat2 nak bangun pagi?
  • Rasa mengantuk seharian (menguap dah 12,13 kali dah)
  • Rasa blur2 je

Situasi ini terlalu biasa dalam kehidupan kita sampai kita tak sedar yang kita sebenarnya dalam bahaya. Ya betul lah korang baca tu, bahaya.

Punca Keletihan Anda

Mungkin Anda Sedang Mengalami Adrenal Fatigue

Apa yang sebenarnya berlaku?

Keadaan ini dipanggil sebagai adrenal fatigue (keletihan di kelenjar adrenal), keadaan tubuh kita yang menjadi lemah kerana terlalu lama berada dalam keadaan stress (sehingga mencapai tahap kronik). Dan ia berlaku kepada hampir semua golongan wanita – baik yang bekerjaya mahupun surirumah.

location_of_adrenal_glands

kedudukan kelenjar adrenal

Kenapa Adrenal Fatigue Berlaku Kepada Kaum Ibu Khususnya?

Kerana anda hidup dalam zaman ini di mana wanita adalah seorang SUPERMOM – yang boleh melakukan kerja di rumah dan kerja di syarikat/bisnes, dan masih boleh kelihatan jelita dan fabulous gitu.

Stress Mother Running Late With Kids

Kalau orang lain buat semua tu dalam 3 hari, anda boleh setel semua tugas tu dalam sehari jer. Heh heh..

Dan itulah kelebiahn isteri kan, seperti yang dikatakan akak ni dalam video ni.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan ‘kuasa’ anda. Kerana sampai satu tahap anda merasakan hidup secara ‘segera’ sebegini (fast-paced lifestyle) adalah sesuatu yang normal, walhal tubuh anda berkata TIDAK.

Kesan Adrenal Fatigue

Dan ini ‘respon’ dari tubuh anda:

  • tahap kolesterol dalam darah akan meningkat,
  • waktu tidur terganggu,
  • tidak mampu untuk fokus untuk jangka masa lama, cepat lupa
  • mudah demam/selesema

stressed-out-woman

  • mudah untuk naik berat badan – metabolisme rendah disebabkan lemah kelenjar tiroid
  • hormon stress (cortisol) dihasilkan setiap masa (sebagai respon kepada gaya hidup anda yang pack nih) mengikut rutin harian anda yang penuh mengalir laju dalam sistem tubuh akan menjadi punca kepada segala penyakit (seperti diabetis)

Anda mungkin tidak menyedarinya, kecuali apabila sudah terlambat dengan pelbagai sakit dan penyakit yang menimpa anda silih berganti.

download

3 Cara Mudah Penyelesaian Adrenal Fatigue

Okey, ni pasti satu berita baik bagi anda: keletihan adrenal ni boleh dirawat dan di cegah sampai bila-bila dengan 3  bentuk penyelesaian yang super mudah – untuk kesihatan tubuh dan kelenjar adrenal yang dah stress tu.

Buat tau, kesian kat kelenjar adrenal tu. 😛

Gaya Hidup;

  • paling utama, dapatkan tidur awal+cukup+mengikut waktu setiap hari.

Masa tidur adalah masa untuk tubuh kita repair2 and tune  balik apa2 yang kita buat seharian dah. Kalau tak cukup tidur mana sempat sel2 tu nak reboot habis.

Psst..tidur tak cukup lagi cepat berat badan naik yek

  • senaman (baca ni konfom nafas start menghembus dengan kuat). Bersenam banyak kebaikan. noktah: tubuh kita lagi efisyen memproses tenaga, kita tak cepat penat, and of coz, badan selim melim. Tak hilang keayuan pun kalau bersenam, dan takdanya angkat berat sket badan jadi berketak punya.
  • Klik sini, untuk ketahui senaman yang terbaik sesuai dengan bentuk tubuh anda.

Pemakanan

  • apa yang kita makan sangat2 mempengaruhi apa yang berlaku dalam tubuh kita dan mencorakkan kesihatan kita untuk jangka panjang. Makan molek, molek lah bila dia tua. Makan terabur ikut dan je, agak2 sendiri lah rupa kita bila tua nanti.
  • Cukuplah kalau kita kurangkan makanan yang kurang elok seperti fast food, makanan bergoreng, berminyak sume (kalau minyak sihat seperti minyak zaitun takpa juga). Makanan/minuman manis dan penuh gula juga dikurangkan sebab ia adalah penyebab tubuh anda dalam keadaan stress.
  • Lebihkan protein berbanding karbohidrat (nasi, roti putih) untuk kawal gula dalam darah dari terlalu kacau-bilau. Hehe..bolehlah ambil nasi putih tapi biarlah sekepal2 gitu, dan gantikan dengan sumber protein (seperti ayam, ikan, susu, telur) untuk sumber tenaga yang lebih stabil.
page

buang yang kiri, ambil yang kanan, baru teguh.. kesihatan diri 😛

  • Kafein juga tidak berapa elok untuk kesihatan kita sebab ia juga salah satu bentuk drug (sebut dadah kan marah pulak, tapi ada je orang yang wajib mulakan hari dia dengan nescafe). Kalau nak sgt kafein tu, ambillah (mengikut turutan) kopi decaf, teh o, atau pun teh hijau. 🙂

green tea

Jika terbukti anda mengalami adrenal fatigue, jangan dipandang remeh simptom2 tersebut. Inilah masanya anda merawat diri untuk menlindungi kesihatan anda sehingga hari tua.

Tengok kata akak ni, ‘hasil’ keletihan yang terjadi padanya

 

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

7 Comments

    • Itu lah, saya tejumpa artikel tentang isu ni masa surf2.. terperasan pula simptom2 ni serupa macam yang saya biasa alami..haha..standard simptom untuk ibu2 zaman skrg ni. 😀

    • Haha.. Kalau shopping nanti penat kaki pulak, melainkanlah kalau suami sanggup nak angkut bini ke seluruh Midvalley? Bawa je isteri ke SPA + rawatan2 terapi.

    • Sama-sama sis. Glad you like it. tak ramai menyedari yang kita mungkin tengah mengalami adrenal stress ni; biasanya bila dah terbaur kerja dan asyik penat semacam baru lah perasan. ibu zaman sekarang ni kebanyakkan dah capai tahap martabat supermom dah. 😛 semoga kita sentiasa menjaga diri sebaik mungkin dalam menjadi seorang supermom. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge