Taubat aku tak nak masuk hospital sebab makan macam dulu lagi….

Hee.. kalau cerita pasal diet memang saya akan tersenyum sendiri teringat ketika saya all-out diet dengan makanan sihat SAHAJA

 
Masa tu ilmu diet saya hanya terhad pada majalah Cleo dengan buku2 pemakanan di perpustakaan PTSL tu (saya tak pro internet seperti sekarang) untuk tahu apa yang boleh dan tidak elok dalam diet seharian.
 
Kelemahan saya ialah saya sangat2 suka makan – saya kuat makan, dapat pulak masa matrik dulu ada café jual nasi+lauk ayam besor (RM2.50 kot!).
Saya makan dan makan sampai member tegur dah berisi. 
 
Oh dem..
 
Hanya lepas saya masuk hospital barulah tobat untuk tak makan semeberono lagi. 
 
Tapi jujur cakap, saya tak mampu nak menyekat makanan sebab konfom saya akan makan lebih dari sepatutnya pada sesi makanan seterusnya.
 
Jadi saya ubah mindset saya tentang makanan.
 
Saya tidak berdiet (maksudnya makan sekat2 nih) tetapi saya tukar hamper semua elemen pemakanan saya kepada alternative yang lebih sihat.
 

Contoh pemakanan harian yang sihat saya amalkan

  •      Nasi seperti biasa (kurangkan secara beransur sehingga separuh).
  •      Kuah apa2 je boleh, janji tiada minyak
  •      Ayam, ikan, dan sebagainya hanya bakar/rebus. Tak boleh goreng2
  •      Ulam dan sayur segar adalah harus (terung goreng tak boleh sebab dia serap minyak    giler2)
  •      Sayur mesti 1/3 dari total portion makanan (lagi lebih lagi baik)
  •      Air kosong sahaja
sekarang saya guna mealshake untuk
minuman workout.
sedap dan bertenaga!
Ni hanyalah untuk menu makan tengah hari dan petang. Dan malam kalau lapar lagi, saya akan minum susu campur oat dan roti gandum sampailah saya kenyang. 
 
+susu adalah wajib selepas workout untuk bina otot (ESP pun boleh, malah lagi power dari susu).
 
Nak makan apa yang menjadi kepuasan boleh aje, tapi saya sangat hadkan kepada sebulan sekali (KFC ka, padprik ka) – dan saya jadikan sebagai target goal saya.
 
Hee..takdalah kejam sangat kan?
 
Mindset saya juga berubah, tak lagi memikirkan tentang makan, tapi lebih kepada memikirkan khasiat yang ada dalam makanan (cewah…).
 

Healthy eating means getting a variety of foods in moderation—not making any food forbidden, but not going overboard on those rich foods that were once special-occasion indulgenceshttp://www.eatingwell.com/ 

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge