Hotlink nombor ku dah expired

Bermulalah al-kisah nak hari rabu 27/8/14 somi kata suh topup siap2 henpon nih. Dalam petang sikit dah bagitau mungkin suami balik lambat jadi samada kita yang ambil Naz sendiri kat rumah pengasuh atau tggu somi ambilkan (yang bermaksud sampai sini mlm sikit baru ambl Naz).
 
Dah topup tak boleh call lah pulak, nak transfer duit pakai maybank pun tak boleh. Napa pulak ni kan.. suami balik dgn Naz mlm tu terus Tanya kenapa hp tak boleh calling2 n baru perasan line maxis tak boleh detect (kt icon line phone kt status bar)
 
Rupanya line dah expired, serupa mcm my digi number dulu2. Dem…

 
Alang2 esok somi keluar nak jumpa orang kt KL, kita follow sekali lah to fix the number, possibly using the same one (jenuh nak notify balik kt bank dan macam2 urusan yang menggunakan no henpon ni kot). 

 

Tanya pakcik Google tentang nombor expired, kata nombor boleh kalau nak kekalkan, TAPI kena tukar jadi postpaid. Aduh..

ni yang kita menggelabah masa google (klik untuk besarkan)

 

 
Terpaksa kena infom ramai siap2 just in case kena betul2 tukar nombor kan – apa2 hal ke mama and mentor kita dulu..
 
Hampir nak give up and guna no baru instead tapi suami kata extremely leceh, just tanya dulu kt depa and make sure. Okelah, follow cakap suami………
 
Maxis Centre di Low Yat
 
Selesai sudah urusan suami terus kami pergi ke Maxis Centre Times Square di first floor. Tanya2 di kaunter minta check no expired, dia kata kena tukar postpaid (aduh…) then minta kita ke Maxis Centre di Low Yat. Nasib baik sebelah2 je bangunan tu, menapak sekejap ke Low Yat dan carik Maxis Centre kt situ.
 
Jumpa Maxis Centre kt Low Yat terus serbu, lepas datang giliran terus tanya macam mana nak buat. Staff Maxis bagi borang kecil untuk diisi (nama, IC, no tepon expired tu, and last contact number) dan dia setelkan data apa yang patut. Dalam 10 minit siap – nombor henpon boleh aktifkan, tapi ambil masa 5 hari bekerja.
 

Syukur alhamdulillah….

 
Dengan gembira, baru lah boleh rilek2 sikit dgn suami. Nasib baik gak dengar cakap dia. 
Heh heh..
 
Pengajaran: jangan gatal nak peram hp tak bertopup dan selaluu check kalau ada msg notify kata nombor hmpir expired. 

 

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

18 Comments

  1. Maxis sy dh Expried kali ke 2.. Agk2 sy boleh dpt balik tak no tu? Sbb sy byk gunakan no….

    • kalau baru expired, dalam 45 hari tak silap boleh dapat balik rasanya. Cer pastikan di maxis. sebab masa saya kena tu lama dah

  2. Hi sis,
    suami sy bru 10 hari expired. Boleh dpt blik x? Credit yg sedia ada akan dpt blik tak?

    • Hehe tak pasti lah saya dear. Mungkin sempat lagi boleh dapatkan semula kredit

  3. hi sis mmg kalau dekat fon signal mmg kosong tu sim mmg dah expired lah ?

    • Boleh kata juga sis. atau kalau henset problem. restart dulu lah. 😀

  4. Saya ada nombor dah expired 5tahun dan saya ingin kembali nombor tersebut. Nombor prepaid.. tak kisah kalo jd postpaid pon janji blh dapat semula nombor tu tp simkad lama dah tiada jadi saya perlukan simkad baru tapi nombor lama .. bagaimana???

    • Aiyo cikpuan..5 tahun juga tu. Kalau nak nombor tu balik, kena tanya terus kat diorg lah. Kot2 ada rezeki nombor tu masih available.

  5. hai sis. saya ada renew sim . then staff maxis tu ckp kena tunggu 10 hari masa bekerja . harini dah masuk hari yg ke 10 . kenapa tak jadi apa2 pun ?

    • tak pasti pula kita..biasa kalau gitu kita cabut sim, off hp, then masuk sim balik dan on semula. 😀

  6. Hai Sis. Saya nak tanya, kalau tak ingat bila last kita topap tu macam mana ya? 😦

    • Hai cikpuan Syafiqah, saya masa tu pun tak ingat bila last topup. Haha.. Yang saya tahu, masa tak dapat guna internet mobile tu cepat2 lah saya g menara maxis nak dapatkan balik nombor tu. :_)

    • Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya. Tak bayar apa rasanya, kena pergi dan bagitau dengan muka merah malu. hehe

      • Assalamualaikum sis ..dalam masa 5hari yang diaorang bgy ..aktif blik x num sis ..??sebab saya skarang ni baru 4hari ..mula2 kluar panggilan kecemasan saja ..skrang ni dah tida perkhidmatan ..sama x dengan sis punya

      • Assalamualaikum sis ..dalam masa 5hari yang diaorang bgy ..aktif blik x num sis ..??sebab saya skarang ni baru 4hari ..mula2 kluar panggilan kecemasan saja ..skrang ni dah tida perkhidmatan ..sama x dengan sis punya

        • Saya punya cepat juga. dalam 3 hari bekerja. masa nombor maxis expired buat kali ketiganya hehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge