Cara perempuan zaman sekarang jaga harta mereka.

Dalam post lepas saya declare bahawa kecantikan adalah satu bentuk rezeki dan harta kita. haha.. macam sultan2 pulak nak declare ye.

Straight to the point, menjaga kecantikan muka n bukan sehari dua, dan semestinya bukan takat 10 saat cuci muka tu dikira jaga kecantikan.  Oh tidak.. nak jaga muka tu dari cepat dimamah usia memerlukan analisis dan penjagaan yang teliti.
Ya, banyak kerenah orang kata, kena beli ikut warna kulit lah, muka berjerawat tak boleh pakai ni, pakai ni je boleh lah, dan macam-macam lagi sampai boleh naik pening jadinya (wahai kaum lelaki, tolong lah faham kesusahan kami…).
Kalau anak dara tengah sekolah boleh lah beli stok produk banyak2 dan melaram depan cermin. Yang sibuk kerja, yang dah jadi mak, apa lagi jadi mak yang bekerjaya –  bila masa nak jaga muka tu?
Nama perempuan jepang ni Masako Mizutani – umur dia 40 tahun. Percaya tak? Ha..tiap2 hari dia spend selama 5 JAM untuk menjaga kulit muka dia. Kita mana sempat kot, banyak kerja tak jalan jadinya.
Untuk itu, saya kongsikan tips maintain kecantikan tapi cepat untuk dilakukan – 3 minit sehari je.

Tips jaga kulit muka dalam 3 minit sehari

  • Cuci muka tu memang wajib dah. Tapi langkah selepas tu ialah pengunaan penyegar yang untuk mencuci sampai ke pori-pori ke dalam dan juga menyediakan kulit untuk mudah menyerap khasiat dari pelembap (kan kalau terletak atas kulit macam tu kan membazir pulak)
  • Gunakan pelembap yang mencukupi – hanya 1 pea-sized drop macam dekat ubat gigi tu, cukup untuk melembap dan melindungi seluruh muka. Ratakan dari dagu ke atas untuk urutan dan supaya pelembap boleh menyerap dengan cepat.

bb-2Bcream

  • Kalau keluar rumah, terus pakai BB cream lepas cuci muka. Krim ni sangat menjimatkan masa kerana ia gabungan pelembap, bedak asas, dan sunblock dalam satu – senang keje jadinya.
  • selain itu, cara pemakanan juga sangat penting kerana apa yang dimakan akan tertunjuk di muka (makan manis alamatnya kulit cepat kendur tau). Pilih yang berkhasiat dan baik untuk kulit (tomato, epal, dan oren), minum banyak air masak, dan juga supplemen khas untuk kulit untuk kesan yang cepat.
Ada lagi tip berguna saya jumpa dari kupu-kupu comel ni yang saya sendiri tak terfikir pun.
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge