Hidup Saya Iebih Happy dengan Checklist ini

Mula-mula saya  nak minta maaf kalau ada yang terasa dengan post saya hari ni – ni hanyalah pendapat peribadi saya.

 
Sepanjang saya berniaga dalam beberapa tahun, satu benda yang tidak dapat dinafikan adalah perlunya amalan rohani untuk mendapatkan rezeki yang BERKAT. Saya katakan berkat kerana saya mahu setiap langkah/pencaturan dalam perniagaan wajib mendapat keredhaan Allah.
 
Sebab saya takut kalau hasil pencarian kami tidak diberkati dan terjadi istidraj.
 
Nauzubillah.
Oh no. Sebab saya percaya lambat laun rezeki macam tu akan hilang dalam sekelip mata je. Bayangkan kalau kita dah jatuh ketika berada di puncak (mengikut pandangan ramai cam rumah besau, keta besau, swimming pool pun besau) disebabkan punca rezeki tidak berkat dan bersih, mesti sangat perit..
 
Kalau tau kena sekalipun di dunia, jenuh nnt nak menjawab dengan Allah bila kita ditanya mana datang punca rezeki tu..yang syubhah pun sebaiknya kita elak apalagi yang haram kenalah buang jauh2.
 
Saya dah nampak banyak kali. Arwah papa saya businessman,  banyak kenal orang, banyak dengar cerita jatuh bangun ni, jadi saya biasa sangat dengan liku2 bisnes.
Kalau hati kuat dan kita yakin dengan Allah, sebarang kesukaran dalam bisnes itu lebih kepada satu latihan atau tapisan pada yang diri supaya hati kental dan kenyal macam kentang. Dan memang terbukti,  menemui kunci rezeki adalah lebih cepat bila berniaga adalah sumber utama rezeki kita.
 
Kerana berniaga itu  adalah 9/10 daripada rezeki. Dan mungkin juga Allah dah tentukan saya untuk berbisnes dengan produk kesihatan Shaklee.
 
Masa awal2 saya join sekali, interesting jugak dengar bila ditekankan amalan rohani (tiap2 hari ya, bukan takat malam Jumaat jer) di samping berusaha dalam perniagaan.
 

Barulah seimbang, Allah pun sayang.

 

MasterChecklist, apa itu?

 
Saya diberi formulation amalan rohani yang kakak2 upline amalkan, ya Rabbi boleh tahan banyak. Tengok pula kejayaan master/upline2 yang ada, make sense lah sebab adab dan amalan dalam Islam sangat9 ditekankan – aura positif sentiasa disekeliling kita (sampai kita rasa takda masa nak layan yang negatif) dan niat kita hanya ingin berkongsi kebaikan – the more you give, the more you get.
 
 
 

Pengalaman melalui hidup dengan MasterChecklist

 
Awal-awal nak follow master checklist memang terasa berat kalau tidak biasa. Tetapi saya suka ingatkan, don’t put the pressure until you feel put off with it – asingkan masa dan lakukan mengikut kemampuan (ikhlas ke tidah jangan fikir, lambat laun dia mai gak), insyAllah hati kita akan serasi malah kita rasa tenang dan enjoy – bagi saya tu salah satu tanda kita dah dekat dengan Allah.
 
Hidup kita hari2 dengan zikir+doa kepada Allah. Download app dan zikir mengaji guna smartphone tu dah pasti. Apa lagi bertambah khusyuk dalam solat. Alhamdulillah. 
 
It’s all good, percayalah. Feeling lain dari lain dan semestinya hanya yang baik-baik sahaja dalam hidup kita. 
 
 
Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge