Cara Mudah dan Dijamin untuk Tubuh yang mantap

Kita yang perempuan, kalau cerita pasal kurus2 ni memang best. Macam-macam jenis diet, produk kurus, dan senaman yang saya dengar (belum kira lagi program pelangsingan yang bersepah kat luar) yang boleh buat hati kita tertawan gak. Yelah, manalah tahu boleh kurus cam Neelofa kan. Hihi..
 
Saya pun pernah kurus sehingga mendapat berat idaman – tu pun secara tak sengaja – lepas saya jadi sedikit trauma lepas masuk hospital. 

Tobat wei.. dari dulu melantak fast food, junk food, and good food saya jadi insaf dan mula mengamalkan gaya hidup sihat (cewah). Saya buat macam ni, selama 3 bulan;

 

Mengamalkan makanan yang sihat, SAHAJA

 
Sejak mula insaf, saya terus tukar cara pemakanan – no more junk food – sayur dan buah hari2 ambil, makanan bergoreng tak usik langsung tetapi hanya makan ayam/ikan bakar. Nasi hanya sekali sehari dan kalau lapar saya akan makan roti gandum penuh dan susu campur oat sehingga kenyang.
 
makanan sihat bagi saya: ada nasi, ayam (protein), sayur dan buah
menu sihat tanpa pantang over2
 
 
Untuk orang yang suka makan macam saya, ni memang dugaan besor. Kalau nak jugak lepas gian, hanya sebulan sekali, itu pun kalau perlu. Dan cara ini berterusan sehingga sekarang, alhamdulillah.
 

Minum air yang cukup

 
Ni yang pakar pemakanan dah berbuih mulut beritahu – minum air yang cukup penting untuk pembuangan toksin dengan lebih efektif, membantu sel dan organ berfungsi dengan cekap; lebih-lebih lagi ketika dalam proses mengurangkan berat badan – senang sikit lemak tu nak dicernakan laju-laju.
 
Namun kita kena fahami, lain orang lain cara senamannya, kalau tak, nnt ada yg tersado lah, pinggul lebar lah.

Senaman dengan kerap

 
Senaman harian sangat baik untuk menguatkan jantung dan membantu tubuh kita untuk menggunakan tubuh dengan lebih kental dan cekap, selain membina otot dan membakar lemak pada masa yang sama (otot yang banyak meningkatkan lagi kadar bakar lemak selama 24jam walapun tengah rilek2 tau).
 
Untuk kesan cepat, saya bersenam HARI-HARI selama 30minit (sekali rutin panas dan sejukkan badan) dengan gabungan kardio, angkat berat, dan senaman ala Pilates.
 
Angkat berat pun saya beli botol yogurt Dutch Lady yang ada shape tu, isi dengan pasir n batu kecil sampai mampat. Oke apa.
 
Hanya 3 cara ni saya lakukan secara konsisten dan saya dapat slim kan badan secara natural gitu, dalam masa 3 bulan.
Tubuh pun lebih bertenaga (steady naik bas n ulang-alik antara kuliah n perpustakaan PTSL dengan kasut 3inci masa tu you!) dan saya lebih alert ketika study. And of coz…kulit pun cantik berseri..
 
3 bulan lama ke..? mungkin ya kalau kita nak result segera (saya pon) tapi saya tak sedar pun mungkin sebab terlalu enjoy study semua subjek kegemaran tambah lagi tengah ambil lesen kereta masa tu.
 
 
Ada cara lebih cepat, saya akan kongsikan dalam next post part II, cara saya kurus ketika menjadi isteri dan ibu (lg berat gak dugaan nak kurus).
 
Salam sayang, sentiasa sihat ya!
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge