Review; pertama kali minum ESP Shaklee bercampur air oren.

Seperti yang saya sebut dalam entri lepas, saya ada mention yang saya minum ESP buat pertama kali. Dari awal lagi saya berkenan sangat nak try ESP dan nak test keberkesanannya sebagai minuman selepas senaman (pre/post workout drink org putih kata), tapi tu lah, tak berkesempatan. Jadi awal2 test MealShake dulu (akan dikongsikan nanti)

Bagai pucuk dicita ulam raja yang datang, dapatlah saya merasa ESP semasa beraya di rumah rakan Nurul Izaana. Heuheuheu..
 

Apa itu ESP

ESP (singkatan dari Energizing Soy Protein) adalah serbuk minuman dari (Non-GMO soya). Orang kalau carik2 makanan pelengkap protein memang carik ESP je. Saya pun curious jugak nak mencuba sekali, lebih2 lagi banyak khasiat dan kelebihan dari 1 jar protein ni.
 

Sekilas pandang ESP

boleh tahan besar gak 1 jar
ESP ni.
1 jar ESP ni agak besar dan berat (agak2 dalam suku saiz lagi besar dari MealShake). Minuman ESP saya, hanya 1 sudu dicampurkan dengan air oren. Campur sket air batu dan goncang dalam shaker hingga sebati (tak boleh air panas yer nnnt rosaklah protein2 dlm tu..sayang je..).
 

Macam mana rasanya ESP tu?

Sebab dah dicampur dengan air oren, rasa mcm gula2 oren susu gitu (campur lagi air batu mmg layannzz). Paling ketara masa pertama kali minum ada serbuk2 soya yang boleh rasa ketika diminum (biasa ada dalam minuman soya). Aneh gak feeling minum ESP tapi kalau dah sedap teguk sahaja dengan senang hati. J

rupa serbuk ESP
Paling basic, kita boleh campur sesudu ESP dengan air suam sahaja tapi lama2 boleh jemu gk. Good news! ada banyak resipi yang menggunakan ESP ada dalam Google. ada yang list kan resipi seperti di sini:http://inibelogmamairfan.blogspot.com/2014/03/resepi-esp-shaklee.html
Ada yang siap ada video demo lagi macam kegemaran saya  banana strawberry seperti di sini:

 
Yang ni saya sangat rekomen sebagai minuman pemulih tenaga lagi-lagi selepas melakukan senaman berat.
 
Mungkin lepas ni boleh saya cuba dengan campuran yogurt strawberi? Nanti saya akan update apabila ada kesempatan ya. J


 

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge