Bersenam ketika berpuasa – apa manfaat dan bagaimana melakukannya

Semestinya lepas seharian berpuasa senaman adalah benda yang terakhir kita akan fikir (lagi baik kita fikir2 kuih apa yang nak beli kt bazar depan rumah kn?). Sebenarnya ada manfaatnya untuk kita. lagi2 pada yang sibuk nak kurus last minute before raya ni.Kaedah ini telah mula menjadi trend di US iaitu dengan bersenam ketika perut kosong/dalam keadaan berpuasa kerana ia terbukti meningkatkan kadar pembakaran lemak.

Dahlah puasa, nak bersenam lagi ke?

Bagaimana proses pembakaran lemak berlaku

Bersenam ketika perut kita kosong/dalam keadaan berpuasa meningkatkan potensi untuk kurus kerana proses itu memaksa tubuh kita membakar lemak dan glikogen (gula dalam darah) dan seterusnya menurunkan jumlah berat badan DANΒ  lemak yang tersimpan.
Proses ini juga menghasilkan tekanan oksidasi yang tinggi dalam one shot dan juga glutathione (iye..benda yg sama org dok angau untuk putih menawan tu.. :)) yang sangat membantu tisu otot untuk lebih kukuh dan fleksible (jadi kuranglah sikit kebarangkalian nak lenguh2 badan atau terseliuh gitu).
Otot yang lebih kukuh juga bererti tubuh anda akan bergerak dengan lebih efisyen, menjadikan otak dan minda lebih alert, dan anda juga akan rasa kurang letih malah lebih ceria bertenaga.
Β 

Pendek kata, bersenam ketika berpuasa ini sangat membantu anda untuk kurus, awet muda, serta menghilangkan kesan-kesan penuaan.

Β 
Kebiasaanya mat saleh menggunakan cara ini dengan bersenam di waktu pagi sebelum bersarapan, ketika perut kita kosong dalam 10-11 jam (atau skip terus ke makan tengahari). Menggunakan teknik yang sama ketika berpuasa ini juga memberi kesan yang sama untuk tubuh kita. J

Apa caranya untuk bersenam ketika berpuasa?

Apa-apa senaman pun ok asalkan anda bergerak dan mengeluarkan peluh (nak melompat Gangnam Style pun boleh!). Jika tidak mampu, senaman impak rendah adalah lebih baik kerana anda melakukan gerakan dengan perlahan dan masih boleh memaksimumkan kadar pembakaran lemak.
Biar sedikit senaman dari tiada langsung!
Saya rekomen senaman seperti Pilates dan Barre yang hanya memerlukan anda untuk menumpukan gerakan dengan perlahan. Tak lama, kurang 20 minit sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan selepas bersenam

Lepas bersenam adalah amat penting untuk topup balik tenaga yang telah digunakan, sekurang-kurangnya 30 minit selepas bersenam. Makanan yang sangat elok ialah yang mengandungi protein tinggi seperti telur, susu (kedua-dua makanan ini cepat diserap untuk baikpulih tubuh), dan juga protein shake. Klik sini untuk ketahui teknik minum minuman protein dengan tepat.
Hati-hati jika anda rasa pening/loya/sewaktu dengannya ketika bersenam dengan perut kosong kerana tidak semua orang sama reaksinya. Jika anda mengalami keadaan seperti itu, berhenti dahulu dan cuba semula esok. J
Anda boleh dapatkan panduan kurus dengan Atkins (menu untuk puasa, persediaan, dan sekali dengan detoks) yang Shai buatkan khusus ketika berpuasa. Klik sini ja. πŸ˜€
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

  1. Tulahh semua orang sibuk nak sihat/kurus tapi kena guna duit banyak. beli pil itu lah, pakej ini lah. Sebenarnya, kalau RAJIN, free of cghrae je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge